JAWAPAN: Ya masih, Kami open sepanjang syawal
SOALAN: Kamu ajar gaya begambar?
JAWAPAN: Ya, Photogrpaher akan guide sepanjang sesi photoshoot
SOALAN: Boleh bawa kasut masuk begambar?
JAWAPAN: Boleh, pastikan kasut bersih sebelum masuk studio, tiada terpijak tahi anjing, lembu, tahi cicak dll
SOALAN: Di mana lokasi studio kamu?
JAWAPAN: Lokasi studio kami terletak berdekatan simpang Kg Bayangan tepi highway, boleh search di google maps "Cinnamon Foto" untuk pin location
SOALAN: Studio kamu di aras bawah?
JAWAPAN: Ya aras bawah bangunan Global Canopy, ahli keluarga yang berkerusi roda tidak perlu risau
SOALAN: Softcopy gambar akan di hantar semua?
JAWAPAN: Ya, semua softcopy gambar kami akan hantar ke telegram kecuali gambar yg tertutup mata atau tergigit lidah tanpa sengaja.
SOALAN: Bolehkan request gambar hantar guna gdrive?
JAWAPAN: Ya boleh, tapi hanya 7 hari sahaja boleh access & download semua gambar di link gdrive di sebabkan storage kami hanya 2TB sahaja, sebaliknya jika hantar melalui telegram kami tidak akan delete gambar tersebut sampai bila-bila.
SOALAN: Discount 10% masih ada untuk early bird?
JAWAPAN: Tiada. Sudah fully redeem hanya untuk tempahan 50 terawal sahaja yang dapat discount 10%
SOALAN: Kalau lebih 6 org dewasa mcm mana?
JAWAPAN: Sekiranya lebih 6 org dewasa cas tambahan RM10/dewasa akan di kenakan. Contoh pakej harga RM150 tp total dewasa 10 org. Jadi cas tambahan adalah sebanyak RM40
SOALAN: Kalau selepas raya ke-14 kamu masih open bergambar di studio.
JAWAPAN: Ya masih, Kami open sepanjang syawal
SOALAN: Pakej kamu termasuk makeup?
JAWAPAN: Kami hanya menyediakan perkhidmatan bergambar sahaja, tidak termasuk servis makeup.
SOALAN: Boleh cuci gambar + frame tempat kamu?
JAWAPAN: Ya boleh. Kami menyediakan 3 jenis frame iaitu Taiwan Frame, Std Gold, & White Plain. Harga bergantung dengan jenis frame & saiz gambar yang di cuci.
SOALAN: Raya Pertama- 11 april boleh booking?
JAWAPAN: 🚫 No Booking, Walk-in only (1st come 1st serve basis)
SOALAN: Studio kamu ada tempat berak ka yang selamat?
JAWAPAN: Ya ada, Kami menyediakan tandas luar dan anda boleh melabur dengan tenang tanpa menganggu mereka yang berada dalam studio 😂😂😂
SOALAN: Cinnamon Foto ada buat servis home to home raya photoshoot.
JAWAPAN: Tiada, kami cuma focus shoot di studio sahaja.
SOALAN: Jenis kasut yang tidak di benarkan masuk bergambar dalam studio?
JAWAPAN: Kasut roda, kasut bola yang ada spike, kasut rugby, adidas kg, & kasut getah booth tinggi utk kegunaan bekebun.
SOALAN: Boleh ka kamu percepatkan sesi photoshoot?
JAWAPAN: Tidak, kami hanya berpandukan timer, sesungguhnya rezeki tidak berkah bila main buyuk timer.
SOALAN: Sesi 10 minit berapa banyak gambar akan dapat?
JAWAPAN: Anggaran sekitar 35-80 gambar
SOALAN: Boleh ka sy bawa kucing ikut bergambar?
JAWAPAN: Boleh, kecuali binatang yang berbahaya seperti buaya tidak di benarkan bawa masuk ke studio.
SOALAN: Berapa lama masa yang kamu perlukan untuk siapkan editing gambar raya?
JAWAPAN: Editor mengambil masa sekitar 1-3 hari bekerja dari tarikh shoot.
SOALAN: Studio kamu ada menyediakan ruang menunggu?
JAWAPAN: Ya ada. Kami menyediakan 2 buah canopy & kipas industri di luar studio.
SOALAN: Boleh booking slot walk-in?
JAWAPAN: Tidak, slot walk-in 🚫 tidak boleh booking dan hanya perlu daftar nama di kaunter pendaftaran sahaja bila sampai di studio Cinnamon Foto
SOALAN: Sekiranya sy merancang untuk shoot masa slot walk-in di buka adakah perlu membayar deposit?
JAWAPAN: Tidak perlu deposit.
SOALAN: Berapa lama tempahan frame di siapkan?
JAWAPAN: Kami perlukan sekitar 2-3 minggu dan hanya proceed tempahan frame yang sudah membuat bayaran penuh sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan